Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1342

Ayamas Kitchen Lancar Lagi 3 Produk Rangkaian Ready-To-Eat Untuk Kehidupan Lebih Mudah

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun lepas Ayamas Kitchen telah melancarkan 3 produk Ready-To-Eat (RTE) iaitu Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan juga Nasi Kandar Ayam Masala. Korang dah cuba ker semua produk yang mudah disediakan dan pastinya sedap ini.


Baru-baru ini Ayamas Kitchen telah melancarkan lagi 3 produk baru untuk melengkapkan set RTE mereka. Tapi kali ini lebih memberikan variasi rasa tempatan dan antarabangsa. Korang boleh makan hidangan dari Thailand hingga ker Korea. 


Koleksi produk RTE yang baru dilancarkan adalah Nasi Ayam Kari Hijau Thai, Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Bihun Goreng Istimewa.



Teruja tak nak cuba produk baru mereka ini dengar nama pun dah sedapkan. Maha sendiri dah cuba ketiga-tiga menu ini dan memang sangat puas hati rasanya. Ini kerana mereka masih mengekalkan kualiti yang tinggi dan kadar nutrisi yang tepat untuk memberi produk yang sihat kepada pelanggan mereka.

Nasi Bijan Ayam Bulgogi

Maha paling suka sekali adalah Ayam Bulgogi tu sebab dapat rasa daging ayam yang lembut dan empuk serta kemanisan kuah seperti original. Kemudian yang Kari Hijau tu pun menarik juga dan pasti produk ni tak susah untuk disediakan.

Nasi Ayam Kari Hijau Thai

Bihun Goreng Istimewa

Ini kerana produk ini adalah sejuk beku ia tidak perlu di nyah bekukan lepas keluar daripada peti sejuk hanya perlu menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama  4 - 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.



Maha faham rumah bujang kebanyakan tak ada gelombang mikro kan korang boleh gunakan periuk kukus untuk masak menu ini. Selepas beberapa minit sahaja dah boleh terus nikmati hidangan ini panas-panas sangat sedap.


Harganya pula mampu beli iaitu Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Semua produk rangkaian RTE ini boleh didapati di Kedai Ayamas seluruh Malaysia. 


Kalau nak maklumat lebih lanjut pasal produk rangkaian RTE ini atau lokasi Kedai Ayamas sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau pergi ke Facebook Kedai Ayamas - Ayamas Roasters. Korang kena cuba sebab memang sangat sedap tak menyesal.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 1342

Latest Images

Trending Articles



Latest Images