Quantcast
Channel: Blog Makan Mahamahu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1328

Raikan Hari Malaysia Dengan Kepelbagaian Makanan Dari Produk Philips

$
0
0
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pengaruh dari etnik multikultur yang berwarna-warni di kalangan rakyatnya, tidaklah menghairankan bahawa masakan Malaysia adalah berbeza-beza seperti rakyatnya. Dipuji sebagai destinasi makanan utama, pelancong pasti akan jatuh cinta kepada makanan Malaysia. Bagaimanapun kadang-kadang ia boleh menjadi masalah untuk memasak makanan lazat yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia bagi alasan. 


"Masakan Malaysia adalah salah satu cara terbaik untuk mewakili kepelbagaian rakyat Malaysia dengan pelbagai hidangan lazat untuk menikmati sepanjang hari dari sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ia mungkin menyukarkan dan memakan masa untuk ramai orang memasak hidangan tersebut di rumah. Memahami masalah ini, Philips mempunyai pelbagai peralatan dapur yang boleh melepaskan anda dari semua kebimbangan ini,"antara kata-kata Muhammad Ali Jaleel, Country Manager Philips Malaysia.


Dua pilihan produk yang sesuai dan mesti ada kat dapur rumah korang supaya dapat menjimatkan masa dan banyak hidangan yang boleh dibuat. Dilengkapi dengan sistem memasak cerdas dan bergenerasi baru Philips All-In-One Pressure Cooker menawarkan pengalaman memasak yang dapat disesuaikan sepenuhnya yang membolehkan korang memasak dengan perlahan atau memasak dengan tekanan tinggi menggunakan satu perkakas sahaja. 


Manakala dengan Philips Airfryer, korang juga boleh memanggang dan membakar semua hidangan kegemaran korang dan mudah dibersihkan selepas semua memasak. Oleh itu, kenapa tidak menghabiskan Hari Malaysia ini untuk masakan bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Maha sendiri telah menggunakan dua produk popular daripada Philips ini ia sangat membantu. Kalau orang nak tengok apa resipi yang Maha pernah masak guna produk Philips All-In-One Pressure Cooker boleh baca kat sini. Sebenarnya banyak lagi masakan yang korang boleh buat seperti Nasi Goreng Kampung dengan menggunakan pressure cooker dan kuih Seri Kaya Bakar menggunakan airfryer.


Kalau sapa-sapa nak beli dua produk ni boleh ke pusat jualan Brand Philips di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley di Kuala Lumpur dan di Sutera Mall, Johor Bahru. Juga pengedar Philips di Menara Axis, Petaling Jaya dan Pulau Pinang serta di kedai runcit dan pengedar di seluruh negara semak melalui Blip.my.


Harga pula Philips All-in-One Pressure Cooker berharga RM799 untuk model HD2137 manakala Philips Airfryer Turbostar berharga RM1,399 untuk model HD9640 dan RM1,499 untuk model HD9643. Dapatkan sekarang juga untuk buktikan memasak sangat mudah. Selamat mencuba semua.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1328

Trending Articles